Sunday, November 11, 2012

CONTOH SOALAN STPM SYARIAH KERTAS 1


CONTOH 1
SOALAN STPM SYARIAH KERTAS 1
November 2012
Bahagian A (Feqah)


930/1
Bahagian A: Fikah
Jawab tiga soalan sahaja.

1.   (a)   Nyatakan konsep gadaian dari segi pengertian, dalil, rukun dan hikmah              disyariatkannya.                                                                                                                  [10]
    (b)    Dengan memberikan contoh,jelaskan dua perkara yang membatalkan                    gadaian.                                                                                                                                [ 4]
    (c)    Nyatakan hukum bagi masalah berikut:                                                                  [ 6]
         (i)  Penggadai menggunakan barang gadaian.
        (ii)  Barang gadaian rosak di tangan pemegang gadai.
       (iii)  Perbalahan pemegang gadai dengan penggadai mengenai nilai kadar barang gadaian.

3. (a)   Nyatakan konsep mahar dari segi pengertian,hukum,dalil dan dua jenisnya.            [8]
    (b)   Huraikan tiga keadaan yang menyebabkan mahar digugurkan.                                 [6]
     (c)   (i)  Berapakah nilai mahar yang wajib diberi oleh seorang lelaki yang menceraikan                 isterinya sebelum isteri itu disetubuhinya?
            (ii) Berapakah nilai mahar serta siapakah yang boleh menerima mahar tersebut jika isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan?                                                          [6]


4.  (a)     Nyatakan konsep ‘iddah dari segi pengertian, hukum, dalil dan jelaskan hikmah                pensyariatannya.                                                                                                                    [10]
    (b)     Huraikan pembahagian ‘iddah.                                                                                [10]

5.  (a)      Huraikan pengertian Diyat, hukumnya dan dua jenisnya.                                    [10]
    (b)     Nyatakan pengertian Ta’zir, dalil dan tiga jenis hukuman ta’zir.                          [10]

                                                             

JAWAPAN & SKEMA PEMARKAHAN STPM SYARIAH KERTAS 1


CONTOH 1
JAWAPAN & SKEMA PEMARKAHAN STPM SYARIAH KERTAS 1
November 2012
Bahagian A (Feqah)
Bahagian/
Jawapan
Markah
Bab



Muamalat/

Soalan 1 (a) :

Gadaian



Pengertian Gadaian:
Menjadikan suatu barang sebagai cagaran bagi suatu

       1

hutang dan barang itu menjadi bayaran sekiranya tidak mampu bayar hutang.

Dalil:
Quran:  Surah Al-Baqarah: 283
Dan jika kamu dalam perjalanan sedang musafir  dan tiada memperolehi juru tulis maka hendaklah ada barang tanggungan yang di pegang sebagai gadaian.



       1



         


Rukun:


1) Penggadai: Seorang yang ahli dalam mengurus hartanya yang beraqal
   2 x 2

dan berkehendak menggadaikan barangnya.

2) Pemegang gadai: Seorang yang ahli dalam menerima barang gadai dan


memberi hutang kepada penggadai dengan kehendaknya sendiri.


3) Barang Gadaian: Harta benda yang diberikan kepada pemegang gadai


sebagai cagaran untuk menyempurnakan hak.


4) Bayaran atau hutang: Bayaran atau barang sebagai hutang yang


diberikan kepada penggadai oleh pemegang gadai.


Hikmah:


1) Gadaian adalah merupakan suatu bentuk pertolongan kepada orang
   2 x 2

             yang memerlukan pertolongan kewangan.

2) Gadaian menimbulkan sifat kasih sayang antara satu sama lain.


3) Barang gadaian menjadi jaminan kepada orang yang memberi hutang


untuk mendapatkan haknya kembali.



Jum 10

Soalan 1 (b)


Dua perkara yang membatalkan gadaian :


1)      Menyerah kembali barang yang di gadai kepada penggadai.
Contoh: Ali  menggadaikan tanahnya untuk menerima hutang daripada    Ahmad. Gadaian terbatal apabila Ahmad menyerahkan tanah tersebut
Kepada Ali semula.
    2 x 2


2)      Penggadai membayar semua hutang.  
Contoh: Jika Ali membayar semua  hutang yang dipinjamkan oleh

Ahmad maka terbatallah gadaian tersebut.





3)      Perintah Jual barang oleh Qadhi.  
Contoh: Qadhi memerintah Ali menjual tanahnya dengan sebab tertentu dan


harga dari tanah itu di bayar hutang Ahmad.









Jum 4


Soalan 1 (c)


(i) Hukumnya Harus. Penggadai harus menggunakan barang tersebut
  2 x 3

     selagi penggunaannya itu tidak mengurangkan nilai barang tersebut


              kerana barang gadaian adalah sebagai kepada hutang yang diberi.


(ii) Pemegang gadai tidak dikenakan ganti rugi sekiranya barang gadaian


               itu rosak hilang dan sebagainya yang tidak di sengajakan dan gadaian


               terbatal dengan kerosakan itu.


(iii) Sekiranya berlaku perbalahan antara penggadai dan pemegang gadai


               mengenai kadar nilai barang gadaian, maka syara' membenarkan


               pendapat penggadai.
 Jum 6


Jum 20


Munakahat      Pra-perkahwinan
Mahar
Zihar


Soalan 3 (a)
Pengertian Mahar - Pemberian wajib yang diberi oleh suami kepada isterinya sebab  dengan berkahwin, wat’i atau penyerahan budhu’ secara paksa.
Hukum mahar - wajib dengan sebab nikah
     2


     1    

Dalil mahar
Quran:  Surah al-Nisaa: 4                                                                                Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita yang kamu kahwini sebagai penuh kerelaan.

     1


   

Jenis mahar:
(1)           Mahar musamma - mahar yang disebut semasa aqad atau selepasnya dengan keredhaan dengan mendapat persetujuan dengannya semasa aqad.
(2)           Mahar mithil - mahar wanita yang setanding dengan isterinya semasa aqad dan diambil kira mahar mithil ini dengan perempuan 'asabahnya.

Soalan 3 (b)
     Tiga keadaan yang menyebabkan mahar digugurkan:

  2 x 2


 Jum 8

(1)   Perceraian sebelum dhukhul yang berpunca dari sebelah pihak isteri.
Contoh: Isteri murtad, atau enggan memeluk islam apabila suaminya memeluk islam, isteri memfasakh dengan sebab kecacatan atau kemiskinan suami atau suami memfasakh dengan sebab kecacatan isteri.
(2)   Isteri menggugurkan atau menghibah semua mahar sebelum dhukhul atau selepasnya bila mana isteri itu dari kalangan ahli-tabarru’.
(3)   Isteri menebus talak (khulu’) dengan jumlah yang sama dengan nilai mahar.
  

   2 x 3



Jum 6


Soalan 3 (c)
(i)         Nilai mahar yang wajib diberi oleh seoarang lelaki yang menceraikan                 isterinya sebelum isteri itu disetubuhinya separuh jika perceraian itu berpunca dari pihak suami seperti suami murtad.
 Jika penceraian berpunca dari pihak isteri, seperti suami memfasakh  perkahwinan sebab kecacatan isteri, maskahwin gugur semuanya.
(ii)       Jika seorang isteri mati sebelum persetubuhan, pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada warith jandanya, jika maskahwin belum dibayar sebelum itu.
 


   
    2


    2

    2

Jum 6


Jum 20


Munakahat ‘Iddah

Soalan 4 (a)
Pengertian ‘Iddah - Tempoh masa menunggu yang tertentu bagi perempuan yang diceraikan oleh suami sama ada cerai hidup atau cerai mati.



     2


Hukum ‘Iddah - wajib ber’iddah pada syara'.
    
     1

Dalil ‘Iddah
Al-Baqarah ayat 228:
Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri menunggu selama tiga kali quruk (bersuci/haid)..


     1


Hikmah disyariatkan ‘iddah:
(1)   Untuk mengetahui sama ada isteri yang dicerai itu hamil ataupun tidak bagi mengelak dari bercampur aduk keturunan apabila bekas isterinya itu berkahwin dengan lelaki.
(2)   Untuk memanjangkan masa rujuk jika cerai itu talak raj’i dan memberi masa yang lama kepada suami untuk memikir semula.
(3)   Sebagai penghormatan kepada suami yang meninggal dunia dan peluang isteri untuk melupakan suami yang dikasihi.


   2 x 3
Jum 10

Soalan 4 (b)
Pembahagian ‘Iddah:
Cerai akibat suami mati:
1. Isteri yang mengandung tempoh iddahnya sehingga bersalin
2. Isteri yang tidak mengandung tempoh iddahnya selama 4 bulan 10 hari.

Cerai hidup (bukan kematian suami):
1.    Isteri yang mengandung tempoh iddahnya sehingga bersalin
2.      Isteri yang tidak mengandung tempohnya dan masih mempunyai haid tempoh iddahnya 3 kali bersuci atau haid.
3.      Isteri yang masih kecil yang tidak ada haid atau yang tua yang sudah putus haid tempohnya iddahnya 3 bulan.

     2
     2
    
     2
    
     2
     2
Jum 10
Jum 20


Jinayat Diyat

Soalan 5 (a)
Pengertian Diyat: Harta benda yang wajib diberikan sebagai ganti kerugian sebab membunuh atau melukai orang merdeka dan diberikan harta benda itu kepada yang dilakukan ketasnya perbuatan jenayah tersebut atau walinya.



   
     2


Hukum diyat adalah wajib menurut syara'.
      
     2


Dua jenis diyat:
(1)   Diyat Mughalazah - iaitu seratus ekor unta sebagai diyat pembunuhan sengaja sama ada diwajibkan qisas atau pun tidak.
(2)   Diyat Mukhaffafah - iaitu seratus ekor unta dengan dibahagi 5  jenis untuk pembunuhan tidak sengaja.





        

         3

        3
Jum 10





Soalan 5 (b)


Pengertian Ta’zir - Hukuman terhadap kesalahan yang tidak diperuntukan oleh  syara' dengan hukuman had dan tidak juga hukuman kafarah samada jenayah  itu hak Allah S.W.T ataupun melakukan jenayah kepada manusia.
    

     2



Dalil:  Surah Al-Ahzab ayat 57:
Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah dan  RasulNya, Allah akan melaknat   mereka di dunia dan akhirat, dan Dia  menyediakan baginya siksa yang        menghinakan. 
    
    
    
     2



Tiga jenis hukuman ta’zir:


(1) Hukuman bunuh - hukuman terhadap kesalahan yang melibatkan
  2 x 3

kepentingan agama dan umum.  Contoh: memaki Rasullullah S.A.W.


(2) Hukuman sebat - hukuman terhadap penjenayah yang melakukan


kesalahan berat dan ringan dan sekurang-kurangnya sebat 3 kali.


(3) Hukuman tahanan - hukuman pencegahan bagi menahan penjenayah


melakukan jenayah.


(4) Hukuman buang daerah - hukuman ini terpaksa diadakan apabila


seseorang melampaui tatasusila.
Jum 10


Jum 20