Sunday, November 11, 2012

Poligami Menurut Pandangan Islam Dalil: Poligami adalah syariat Islam yang merupakan sunnah Rasulallah SAW. Dalilnya surah An-Nisa: 3, ertinya: “… maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang sahaja,…” Syarat-syarat Poligami 1. Kemampuan Melakukan Poligami. Seorang lelaki yang berpoligami disyaratkan mesti memiliki kemampuan agar tidak menyusahkan orang lain. Poligami bukan perkara yang mudah kerana ia akan dipertanggung jawab di hari kiamat kelak. Dalil hadith: “Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia melebihkan seorang daripadanya, maka pada hari Kiamat dia akan bangkit dalam keadaan salah satu bahunya miring sebelah.” 2. Berlaku Adil Terhadap Para Isteri Dalam Pembahagian Giliran dan Nafkah. Seorang suami wajib berlaku adil di dalam pembahagian. Jika dia bermalam dengan satu isterinya semalam atau dua malam atau tiga malam, maka dia mesti bermalam dengan isteri yang lain selama itu juga. Tidak boleh melebihkan salah satu dari isterinya di dalam pembahagian. Tetapi tidak berdosa jika dia lebih mencintai salah satu isterinya, dan lebih banyak berjimak dengannya sebagaimana firman Allah bermaksud: “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil (yakni dalam perkara batin) di antara isteri-isterimu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian. Kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain tergantung-gantung.” (An-Nisaa: 129) 3. Seorang lelaki yang menikah menanggung berbagai kewajiban terhadap isteri dan anaknya termasuk nafkah. Seorang laki-laki yang melakukan poligami memikul tambahan kewajiban nafkah dengan sebab bertambah isterinya. Nafkah adalah, apa yang diwajibkan untuk isteri dan anak-anak yang berupa makanan, pakaian, tempat tinggal, perawatan, dan sebainya dan nafkah bagi isteri ini hukumnya wajib berdasarkan al-Quran, al-Sunnah dan Ijma’. Hikmah Poligami 1. Ada manusia yang kuat keinginannya untuk mempunyai keturunan, akan tetapi mendapat isteri yang mandul. Lebih mulia suami menikah lagi untuk memperoleh keturunan dengan tetap memelihara isteri yang pertama dan memenuhi hak-haknya. 2. Ada juga di antara kaum lelaki yang kuat syahwatnya tetapi mendapat isteri yang dingin keinginannya terhadap laki-laki kerana sakit atau masa haidnya terlalu lama dan sebab-sebab lain. Elok jika lelaki itu menikah dengan wanita lain yang halal daripada menceraikan isteri pertama. 3. Kaum wanita itu mempunyai tiga halangan iaitu haid, nifas dan keadaan yang belum betul-betul sihat selepas melahirkan anak. Islam mengharuskan berpoligami untuk menyelamatkan suami daripada terjerumus ke jurang perzinaan. 4. Selain itu jumlah wanita terbukti lebih banyak daripada jumlah lelaki, terutama setelah terjadi peperangan yang memakan banyak korban dari kaum lelaki. Disini terdapat kemaslahatan sosial dan kemaslahatan bagi kaum wanita itu sendiri, iaitu untuk bernaung dalam sebuah rumah tangga, daripada usianya habis tanpa merasakan merasakan cinta kasih dan pemeliharaan, serta nikmatnya menjadi seorang ibu. 5. Poligami diharapkan agar dapat menghindarkan perceraian kerana isteri mandul, sakit atau sudah terlalu tua. 6. Terdapat ramainya kaum telaki yang berhijrah pergi merantau untuk mencari rezeki. Di perantauan, mereka mungkin kesepian ketika sihat atau pun sakit. Lebih baik berpoligami daripada si suami mengadakan hubungan secara tidak sah dengan wanita lain. 7. Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah agar keturunan masyarakat terpelihara dan tidak disia-siakan kehidupannya. Dengan demikian dapat pula menjamin sifat kemuliaan umat Islam. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza dari anak yang dari pernikahan yang sah. Jika gejala ini dibiarkan berleluasa dan tidak ditangani dengan hati-hati ia akan menghancurkan umat Islam dan merosakkan fungsi pernikahan itu sendiri. 8. Untuk memberi perlindungan dan penghormatan kepada kaum wanita daripada keganasan serta kebuasan nafsu kaum lelaki yang tidak dapat menahan syahwatnya. Kesan Menghalang Poligami 1. Kaum wanita menghabiskan usianya dalam kepahitan karena tidak dapat merasa kehidupan berkeluarga dan menjadi ibu. 2. Kaum wanita menjadi bebas melacur, untuk menjadi umpan dan permainan kaum laki-laki yang rosak. Muncul pergaulan bebas yang mengakibatkan banyaknya anak-anak haram sehingga menjadi beban sosial bagi masyarakat. 3. Andainya poligami tidak dibolehkan, kaum lelaki akan menggunakan wanita sebagai alat untuk kesenangannya semata-mata tanpa dibebani satu tanggungjawab. Akibatnya kaum wanita akan menjadi simpanan atau pelacur yang tidak dilayan sebagai isteri serta tidak pula mendapatkan hak perlindungan untuk dirinya.


Poligami Menurut Pandangan Islam

Dalil:
Poligami adalah syariat Islam yang merupakan sunnah Rasulallah SAW. Dalilnya surah An-Nisa: 3, ertinya:
“… maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang sahaja,…”

Syarat-syarat Poligami
1.     Kemampuan Melakukan Poligami.
Seorang lelaki yang berpoligami disyaratkan mesti memiliki kemampuan agar tidak menyusahkan orang lain.
Poligami bukan perkara yang mudah kerana ia akan dipertanggung jawab di hari kiamat kelak. Dalil hadith: “Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia melebihkan seorang daripadanya, maka pada hari Kiamat dia akan bangkit dalam keadaan salah satu bahunya miring sebelah.”
2.     Berlaku Adil Terhadap Para Isteri Dalam Pembahagian Giliran dan Nafkah.
Seorang suami wajib berlaku adil di dalam pembahagian. Jika dia bermalam dengan satu isterinya semalam atau dua malam atau tiga malam, maka dia mesti bermalam dengan isteri yang lain selama itu juga. Tidak boleh melebihkan salah satu dari isterinya di dalam pembahagian.
Tetapi tidak berdosa jika dia lebih mencintai salah satu isterinya, dan lebih banyak berjimak dengannya sebagaimana firman Allah bermaksud:
“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil (yakni dalam perkara batin) di antara isteri-isterimu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian. Kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain tergantung-gantung.” (An-Nisaa:  129)
3.     Seorang lelaki yang menikah menanggung berbagai kewajiban terhadap isteri dan anaknya termasuk nafkah. Seorang laki-laki yang melakukan poligami memikul tambahan kewajiban nafkah dengan sebab bertambah isterinya.
Nafkah adalah, apa yang diwajibkan untuk isteri dan anak-anak yang berupa makanan, pakaian, tempat tinggal, perawatan, dan sebainya dan nafkah bagi isteri ini hukumnya wajib berdasarkan al-Quran, al-Sunnah dan Ijma’.



Hikmah Poligami
1. Ada manusia yang kuat keinginannya untuk mempunyai keturunan, akan tetapi mendapat isteri yang mandul. Lebih mulia suami menikah lagi untuk memperoleh keturunan dengan tetap memelihara isteri yang pertama dan memenuhi hak-haknya.

2. Ada juga di antara kaum lelaki yang kuat syahwatnya tetapi mendapat isteri yang dingin keinginannya terhadap laki-laki kerana sakit atau masa haidnya terlalu lama dan sebab-sebab lain. Elok jika lelaki itu menikah dengan wanita lain yang halal daripada menceraikan isteri pertama.
3. Kaum wanita itu mempunyai tiga halangan iaitu haid, nifas dan keadaan yang belum betul-betul sihat selepas melahirkan anak. Islam mengharuskan berpoligami untuk menyelamatkan suami daripada terjerumus ke jurang perzinaan.
4. Selain itu jumlah wanita terbukti lebih banyak daripada jumlah lelaki, terutama setelah terjadi peperangan yang memakan banyak korban dari kaum lelaki. Disini terdapat kemaslahatan sosial dan kemaslahatan bagi kaum wanita itu sendiri, iaitu untuk bernaung dalam sebuah rumah tangga, daripada usianya habis tanpa merasakan merasakan cinta kasih dan pemeliharaan, serta nikmatnya menjadi seorang ibu.
5. Poligami diharapkan agar dapat menghindarkan perceraian kerana isteri mandul, sakit atau sudah terlalu tua.
6. Terdapat ramainya kaum telaki yang berhijrah pergi merantau untuk mencari rezeki. Di perantauan, mereka mungkin kesepian ketika sihat atau pun sakit. Lebih baik berpoligami daripada si suami mengadakan hubungan secara tidak sah dengan wanita lain.
7. Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah agar keturunan masyarakat terpelihara dan tidak disia-siakan kehidupannya. Dengan demikian dapat pula menjamin sifat kemuliaan umat Islam. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza dari anak yang dari pernikahan yang sah. Jika gejala ini dibiarkan berleluasa dan tidak ditangani dengan hati-hati ia akan menghancurkan umat Islam dan merosakkan fungsi pernikahan itu sendiri.
8. Untuk memberi perlindungan dan penghormatan kepada kaum wanita daripada keganasan serta kebuasan nafsu kaum lelaki yang tidak dapat menahan syahwatnya.


Kesan Menghalang Poligami
1. Kaum wanita menghabiskan usianya dalam kepahitan karena tidak dapat merasa kehidupan berkeluarga dan menjadi ibu.

2. Kaum wanita menjadi bebas melacur, untuk menjadi umpan dan permainan kaum laki-laki yang rosak. Muncul pergaulan bebas yang mengakibatkan banyaknya anak-anak haram sehingga menjadi beban sosial bagi masyarakat.

3. Andainya poligami tidak dibolehkan, kaum lelaki akan menggunakan wanita sebagai alat untuk kesenangannya semata-mata tanpa dibebani satu tanggungjawab. Akibatnya kaum wanita akan menjadi simpanan atau pelacur yang tidak dilayan sebagai isteri serta tidak pula mendapatkan hak perlindungan untuk dirinya.

4 comments:

  1. Poligami merupakan sunnah Rasulullah tetapi jumhur ulama meninggalkan perkataan sunnah sebagaimana kita tidak mengatakan penceraian itu sunnah. Sunnah bermaksud menggalakkan. Di sini jumhur ulama meletakkan harus kerana poligami hanya sekadar rukhsah. Contohilah Rasulullah yg bermonogami 25 thn dan poligami hanya 10 thn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudari Dalilah Qarina..

      Sila buat research bilakah ayat poligami di turunkan ( an nisa ayat 3 dan sebagainya ).

      Jika ayat itu di turunkan ketika Rosulullah saw bermonogami,adakah saudari berpendapat Rosulullah tidak akan melaksanakan perintah tersebut?

      Kena peka beza di antara sunnah dan lumrah..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. jd poligami adalah sunnah atau rukhsah?

    ReplyDelete