Monday, March 26, 2012

SKEMA

SKEMA JAWAPAN

SYARIAH 1 STPM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA NEGERI PERLIS 2003


BAHAGIAN 1: FIKAH

SOALAN 1

1 =a) Maksud wadi'ah:

Dari segi bahasa bererti simpanan iaitu sesuatu barang yang diamanahkan kepada orang lain untuk dijaganya.

Dari segi istilah ialah mewakilkan atau memberi amanah menjagakan harta kepunyaannya atau harta yang dihormati yang tertentu dengan cara tertentu. (2m)

(=b) Hukum menerima wadi'ah :

=i. Sunat: bagi mereka yang percaya kepada dirinya yang ia sanggup untuk menjaga barang tersebut, oleh kerana memegang pertaruhan ini merupakan satu pertolongan maka disunatkan menerimanya

=ii. Wajib: seseorang itu menjadi wajib menerima pertaruhan (wadi'ah) sekiranya tidak didapati orang lain yang lebih layak dan lebih dipercayai

=iii. Haram: apabila seseorang itu tidak sanggup menjaga sebagaimana semestinya kerana kalau diterima juga seolah-olah ia akan mendedahkan pertaruhan (wadi'ah) itu kepada kerosakan

=iv. Makruh: bagi orang yang kurang yakin pada dirinya untuk menjaga amanah tersebut kerana boleh jadi kemudian hari menyebabkan berlakunya kerosakan pada barang tersebut (4 =?2m =)8m)

Empat perkara yang boleb membatalkan wadi'ah:

=i. Kematian salah seorang dari penyimpan atau penerima simpanan

=ii. Gila

=iii. Pitam

=iv. Penyimpan menarik diri (tidak mahu menyimpan lagi barang itu

=v. Tuan punya barang meminta balik barang itu

=vi. Barang itu dijual, disewa, diwakaf dan lain-lain (4 =?1/2m =)2m)

=c) Syarat sah wadi'ah dari segi :

=i. penyimpan dan penerima simpanan.

- sempurna akal: tidak sah wadi'ah oleh orang gila begitu juga penerimanya.

- baligh: tidak sah menyimpan dan menerima simpanan oleh kanak-kanak.

- cerdik: tidak sah menyimpan dan menerima simpanan orang bodoh (3 =?2m =)6m)

=ii. Syarat barang yang disimpan:

- hendaklah barang yang disimpan itu dari jenis harta benda yang boleh diterima (dipegang) dengan tangan (2m)

SOALAN2
$bl

2 (=a) Pendapat ulama tentang wasiat memberi organ:

Islam mengharuskan melakukan pembedahan terhadap mayat dan sekaligus memindahkan organ yang ada pada mayat untuk kegunaan yang baik dan pada orang lain untuk menyambung hidup.

=i. Satu keputusan dibuat melalui Jawatankuasa Fatwa yang diadakan melalui persidangan pada 1 dan 2hb. Oktober 1970 di Arab Saudi iaitu mengharuskan derma dan wasiat organ selepas mati kerana menilai keperluan dan kemaslahatan umat.

=ii. Menurut pendapat bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom, orang Islam boleh menerima organ bukan Islam namun orang Islam tidak digalakkan berwasiat atau mendermakannya kepada orang bukan Islam.

=iii. Majlis Fatwa Singapura yang dikeluarkan pada tahun 1987 mengharuskan derma yang meliputi wasiat derma organ kepada orang lain yang hidup atas dasar darurat dan untuk menyelamatkan nyawa mereka yang masih hidup. (10m)

(=b) 5 hikmah Islam mensyariatkan wasiat:

=i. Seorang yang mati apabila dia meninggalkan harta dan anak kecil untuk mengelakkan harta itu dipersiakan, dia boleh berwasiat kepada seorang yang amanah untuk menjaganya.

=ii. Dengan berwasiat, seseorang itu akan mendapat pahala yang tidak sempat dilakukan semasa dia hidup di dunia.

=iii. Untuk menghindarkan harta dari disalahgunakan.

=iv. Untuk menghubungkan silaturrahim dengan kaum kerabatnya yang tidak menerima pusaka

=v. Untuk menampung keperluan orang fakir dan kurang bernasib baik serta dapat meringankan bebanan yang dipikul oleh mereka. (5x2m=l0m)
$bl

SOALAN 3

3 (=a) Perkahwinan boleh melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia:

=i. Melalui perkahwinan, ia boleh memenuhi kehendak naluri manusia dan sifat semulajadinya.

=ii. Menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang terkutuk seperti zina.

=iii. Mengembangkan zuriat umat Islam melalui cara yang betul dan halal dari segi syarak

=iv. Memimpin suami dan isteri supaya bertanggungjawab.

=v. Mengeratkan silaturrahim dalam masyarakat.

=vi. Mengelakan dari terbiarnya anak-anak yang dilahirkan.

=vii. Mengatur rumahtangga atas dasar kasih mesra dan kasih sayang antara lelaki dan perempuan. (6 =?2m =)12m)

(=b) Syarat-syarat pengharaman dengan sebab penyusuan:

=i. Ibu yang menyusu itu hendaklah baligh

=ii. Anak yang disusukan itu belum genap umurnya 2 tahun

=iii. Bilangan menyusu tidak kurang dari lima kali kenyang

=iv. Susu yang diberi kepada kanak-kanak itu mestilah ditelan dan sam$pai ke perut kanak-kanak itu. (4 =?2m =)8m) - Huraian dan dalil
$bl

SOALAN 4

4 (=a) Hukuman jenayah zina:

=i. Had penzina bukan muhsan: sebat 100 kali (1m)

Dalil: (1m)

=ii. Had penzina muhsan: Rejam dengan batu (1m)

Dalil: (1m)

4 syarat wajib had zina

=i. Penzina itu baligh, maka tidak wajib had ke atas kanak-kanak sebelum baligh melakukan zina (ittifak ulama)

=ii. Hendaklah penzina itu muslim (Malikiab)

Jumhur ulama berpendapat: orang kafir yang berzina dengan orang Islam wajib dikenakan had zina tetapi tidak boleh direjam pada pendapat Hanafiah

As-Syafieyah dan Hanabilah: tidak boleh dikenakan had bagi penzina dan peminum arak terhadap kafir mustakman kerana itu adalah hak Allah.

=iii. Penzina itu sempurna akal (ittifak ulama).

=iv. Hendaklah seorang yang patuh perintah Allah dan pilihan hatinya sendiri. (Jumhur ulama).

Pendapat Hanabilah: Wajib had ke atas orang yang dipaksa melakukan zina.

=v. Zina dilakukan dengan anak Adam (ittifak ulama). (4 =?2m =)8m) - mana-mana jawapan yang menepati syarat wajib had zina diterima.

4 (=b) Syarat-syarat yang membolehkan mahkamah mensabitkan kesalahan jenayah zina:

=i. Kenyataan saksi (1m)

Dalil: (1m)

Syarat saksi:

- Islam.

- Baligh.

- Berakal.

- Adil dan lain-lain (4x1/3m=2m)

=ii. Pengakuan penzina (1m)

Dalil: (1m)

Syarat pengakuan zina:

- Baligh.

- Sempurna akal.

- Seseorang yang mampu bercakap.

- Hendaklah dengan penglihatan sendiri dan lain-lain (4 =?1/2m =)2m)

=iii. Qarain (Bukti) (1m)

Dalil (1m)

Untuk membuktikan sesuatu melalui 2 proses utama:

=i. Didapati satu perkara yang nyata dan jelas, yang makruf, yang sah sebagai asas untuk berpegang dengannya

=ii. Didapati ada hubungan yang memberi kesan antara perkara yang nyata denganperkara yang tersembunyi (2 =?1m =)2m)
$bl

SOALAN 5

=a) Fungsi hukum jenayah Islam:

- menjaga nyawa.

- menjaga agama.

- menjaga harta.

- menjaga akal.

- menjaga keturunan.

disertai huraian (5 =?2m =)10m)

=b) Hukum jenayah Islam:

=i. Hudud (1/2m)

Hudud ialah hukuman yang ditetapkan kadarnya oleh syarak sebagai hak Allah ataupun hak hamba. (1/2m)

Hukuman ini dikenakan ke atas orang yang melakukan larangan-larangan tertentu bertujuan untuk mendidik. (1/2m)

Kesalahan tersebut ialah zina, qazaf, mencuri, merompak, minum arak dan murtad (1m)

=ii. Qisas (1/2m)

Qisas ialah hukuman bunuh balas yang ditetapkan oleh syarak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang (1m)

Kesalahan bagi hukuman ini ialah bunuh dengan sengaja tanpa hak dan mencederakan anggota. (1m)

=iii. Diat (1/2m)

Diat ialah denda berupa harta yang wajib dengan sebab jenayah yang dilakukan ke atas seseorang sebagai pengganti jiwa dan anggota badan sebagai hukuman qisas (2m)

=iv. Ta'zir (1/2m)

Ta'zir ialah hukuman yang disyariatkan ke atas kesalahan-kesalahan yang tidak ditetapkan kadarnya oleh syarak dan diserahkan kepada pemerintah untuk menentukannya sama ada jenayah yang dilakukan itu sebagai hak Allah ataupun hak manusia. (2m)
$bl

SOALAN 6

(=a) Erti mirath:

Mirath pada bahasa ialah pusaka atau peninggalan si mati

Pada istilah: Barang yang ditinggalkan oleh si mati daripada harta benda dan hak-hak yang berhak oleh waris menerimanya dengan sebab kematian waris syar'ie (2m)

Tanggungan dalam harta:

=i. Pengurusan jenazah

Setiap perbelanjaan yang diperlukan oleh si mati dari mula dia menghembuskan nafas terakhir sehingga selesai dikebumikan.

=ii. Membayar hutang

Selepas pengurusan jenazah hendaklah menjelaskan hutang-hutang si mati sekiranya ada.

=iii. Melaksanakan wasiat

Tidak melebihi 1/3 dari baki harta yang ditinggalkan oleh si mati selepas pengurusan jenazah dan membayar hutang.    

=iv. Membahagikan harta pusaka

Membahagikan harta pusaka si mati yang masih lagi baki kepada waris-waris yang berhak menerima sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran dan as-sunnah mengikut darjat dan susunan waris yang berhak menerima pusaka. (4 =?2.5m =)10m)

(=b) Sebab-sebab seseorang itu bolen mendapat harta pusaka:

=i. Keturunan

Keturunan hakiki itu ialah setiap yang mempunyai pertalian darah dengan sebab kelahiran sama ada mereka menerima pusaka secara fardu sahaja, fardu serta asobah atau asobah sahaja.

=ii. Perkahwinan

Melalui pernikahan yang sahih.

=iii. Pemerdekaan

Pemerdekaan hamba

=iv) Badan Islam (Baitul Mal)

Baitul Mal boleh menerima pusaka sebagaimana keluarga nasab (keturunan), maka hendaklah harta peninggalan orang Islam atau bakinya itu diberikan kepada Baitul Mal sebagai penerima pusaka untuk orang-orang Islam secara asobah apabila tidak didapati waris dengan tiga sebab yang tersebut di atas atau si mati mempunyai waris tetapi waris itu tidak menghabisi harta yang ditinggalkan itu. (4 =?2.5m =)10m)
$bp

BAHAGIAN 2: USUL FIKAH

SOALAN 7

7 (=a) Hukum Taklifi: Perintah Allah yang berkaitan dengan tuntutan melakukan sesuatu atau meninggalkannya atau memilih antara melakukan atau meninggalkan (2m)

Hukum Wad'ie: Perintah Allah yang berkaitan dengan menjadikan sesuatu sebagai:

- sebab kepada sesuatu hukum.

- syarat kepada sesuatu hukum.

- penghalang kepada sesuatu hukum.

- pengesah kepada sesuatu hukum.

- pembatal kepada sesuatu hukum (2m)

Sebab diberi nama taklifi:

- kerana di dalam hukum tersebut terdapat taklif atau tanggungjawab atau bebanan ke atas manusia untuk melaksanakan penntah Allah atau meninggalkan larangannya atau memilih antara sesuatu antara melakukan atau meninggalkannya (1m)

Sebab diberi nama wad'ie:

- kerana di dalam hukum tersebut terdapat penentuan sebab, syarat, penghalang, sah dan batal sesuatu hukum. (1m)

7 (=b) 2 perbezaan antara hukum taklifi dan wad'ie:

=i. Hukum taklifi berbentuk tuntutan melakukan atau meninggalkan manakala hukum wad'ie ialah penerangan atau penetapan kaedah melaksanakan hukum taklifi seperti apakah syaratnya, sebabnya dan lain-lain (2m)

=ii. Hukum taklifi adalah termasuk dalam bidang usaha manusia seluruhnya dan mereka mampu melaksanakannya atau meninggalkannya manakala hukum wad'ie sebahagiannya termasuk dalam kemampuan manusia dan sebahagian yang lain di luar kemampuan manusia, contohnya masuk waktu sembahyang adalah di luar kawalan manusia (2m)

7 (=c) i. Bahagian—bahagian haram:

1. Haram lizatih iaitu pengharaman sesuatu kerana kemudaratan yang ada pada sesuaru itu, bukan kerana perkara-perkara lain seperti haram minum arak (2.5m)

2. Haram lighairih: iaitu pengharaman sesuatu kerana terdapat perkara-perkara lain yang mengiringinya yang menyebabkan kemudaratan walaupun asalnya sesuatu itu dihalalkan seperti haram bagi lelaki berjual-beli ketika azan Jumaat. (2.5m)

=ii. Sah dan batal:

Sah: Sesuatu amalan yang dilakukan memenuhi syarat-syaratnya dan terhindar dari perkara-perkara yang merosakkannya serta menepati matlamat tuntutan amalan tersebut. Contohnya, solat yang dilakukan oleh mukallaf yang memenuhi segala syaratnya. (2.5m)

Batal: Sesuatu amalan yang dilakukan tidak memenuhi syarat dan tuntutan keperluan serta memenuhi matlamat tuntutan amalan tersebut. Contonnya solat tanpa wuduk atau tidak menutup aurat atau solat tidak masuk waktu. (2.5m)
$bl

SOALAN 8

8 (=a) Rukun Qias:

=i. Al-aslu: iaitu nas al-Quran atau hadis (seperti firman Allah dalam ayat

=ii. Hukum asal iaitu hukum yang terdapat dalam nas seperti hukum haram arak yang terdapat dalam ayat di atas

=iii. Al-furu': iaitu perkara yang baru berlaku yang memerlukan penetapan hukum seperti dadah

=iv. Illat atau sebab bagi hukum yang terdapat dalam nas seperti memabukkan bagi pengharaman arak atau menghilangkan akal. Setelah illat ini terdapat dalam furu' maka furu' ditetapkan hukum yang sama seperti hukum asal

Rukun: (4 =?1m =(4m)

Huraian: (4 =?1m =(4m)

Mana-mana dua contoh dari rukun qias =)2m

=b) 3 syarat illat:

=i. Illat atau sebab hukum itu hendaklah zahir yang boleh dikesan seperti mabuk pada arak

=ii. Illat itu hendaklah jelas dan terang seperti membunuh sebagai halangan mendapat pusaka.

No comments:

Post a Comment